Friday 27 November 2015

Koyak@Sakit Bucu Mulut

Bismillah

Baru-baru ni bucu mulut aku tiba-tiba je sakit.
Penah rasa tak korang?
Azab wey, nak makan nak cakap.
Sampai satu tahap tu aku menangis sampai orang sebelah aku risau.
Padahal aku stress sebab xboleh nak makan kesan sakit mulut hingga buat aku gastric.
Sorry ye encik sebelah..tak memasal je awk risau sy sentap.

Macam mana boleh terjadi?
Mula-mula tu tumbuh biji-biji air dan pedih.
Lepas tu terus pedih macam nak tanggal mulut.
Jenuh aku pikir apa sebab tiba-tiba je naik macam tu.
Last-last aku buat keputusan berani mati utk letak garam CMD tu.
Pedih dia, mak ai...hanya Allah je yang tahu.

Itu pun sebab pikir boleh sembuhkan je.
Sebab tu gagah nak letak.

Tapi, cubaan aku gagal.
CMD tu hanya mengeringkan je,
Hujung bibir still sakit lagi.

Lepas 2 hari sakit, baru aku gagahkan diri pergi jumpa doktor.
Asalnya aku tak nak pergi,
Sebab pikir takat sakit sikit macam tu je pun nak pergi jumpa doktor ke?.

Tapi bila pikir hari ni aku nak balik kampung,
Jadi aku gagahkan jugak la pi hadap muka doktor tu.

Dan akhirnya...
Tadaa...doktor tu bagi aku ubat ni.


Aku xtahu apa nama ubat ni.
Tapi aku tahu, ubat ni tersangat la best.
Sebab...mulut aku dah tak susah nak bukak lagi.
Dah xrasa sakit sangat daripada sebelum ni.
Dah boleh aci bukak mulut besar-besar..eh, tu tipu 
Ni baru sekali letak tau
Harap, cepat la sembuh mulut ni
List mengidam kau banyak lagi tak cover ni...UPS

Bila pikir balik,
Rugi je aku tahan sakit selama dua hari.
Sampai membazir air mata plus menipiskan dinding perut aku tu.

Kesimpulannya...
Kalau dah tahu sakit tu, pergi je la jumpa doktor.
Tak perlu nak buat-buat gagah tunggu sakit sembuh sendiri..
#nasihatutkdirisendiri 

Wednesday 18 November 2015

Review : Nasi lemak Cik Chom Batu pahat

Bismillah

Semalam lepas balik dari UTM enchi sebelah tanya makan apa yg sedap kat sini.
Then, dah tentu2 la aku xtahu...lama kot aku tinggalkan JB

Tapi...tiba2 dapat idea nakal nak ajak dia try test nasi lemak yg heboh2 kat FB tu.
Tadaa...  Warung Nasi Lemak Cik Chom la
Nampak dalam gambar, memang terbaik la kan..
Ada sotong besar..ikan besar...ada nasi warna hijau..
Mana la food lover macam aku ni tak tertarik nak cuba



Selama ni tengok hujung mata je kat FB
Sebab pikir bertapa jauhnya Melaka dan Batu pahat itu la kan..
Alang-alang dapat peluang ni, singgah ler

Gigih memandu dari JB ke Ayer Hitam seterusnya ke Sri Gading.
Perjalan tu ada dalam 50km jugak la.
Nak direction boleh usha FB dia, k =)

Sampai2 sana..kitorang beratur untuk order makan.
Aku order nasi lemak sotong, enchi sebelah order nasi lemak ayam tambah telur.



Dalam satu dish tu ada nasi hijau+putih, epal hijau, sambal, kacang+bilis dan protein pilihan.
untuk senarai harga, boleh tengok kat bawah ea..

Ini senarai harga untuk jeni2 nasi lemak sana

Apa komen aku,
Aku bagi 2 bintang untuk rasa nasi lemak dia.
4 bintang untuk sotong dan ayan goreng pulak.
Ayam goreng dia sedap wey, rasa manis plus segar.
Sotong dia aku rasa kurang sikit, tapi enchi sebelah kata sedap.
Mungkin kena ikut test masing2 kot.
Sambal dia pulak, ok la..ada rasa kampung2 sikit. sedap jugak manis pedas.

Untuk air..ada air biasa or jus buah jugak.
Time makan tu kami order air jus tembikai. Di sebabkan air tu dalam gelas besar
kami kongsi je air tu. Harga dia pulak dalam Rm4

Bagi aku rasa nasi lemak dia ok la, boleh makan untuk pertama kali.
Tapi untuk kali kedua dan berikutnya, boleh pikir lagi.

Well, ini apa yang aku rasa tau..lain orang lain selera dia.
Nak puaskan hati, boleh la engkorang pulak try test.
Mana tahu, aku je yg terlalu cerewet..hehe










Friday 13 November 2015

Nak Berpoligami? Baca Ni Dulu

Bismillah


**************************copy paste from FB***************************************

Luahan seorang seorang suami yang gatal nak beristeri muda... anak dara lak tu!
BARU TAU LANGIT TINGGI RENDAH!

Saya sendiri sebagai lelaki rasa tercabar apabila isteri saya sering mewar-warkan kepada saya bahawa umur saya dah melewati 40 tahun. Life starts at 40. "Kalau u rasa u nak pasang lagi satu, i izinkan", kata isteriku. 

Bila berangan tentang nak kahwin lain ni memanglah seronok. Tersengih- sengih aje lah aku at that time. Dunia ni dah terbalik gamaknya, kawan-kawan aku siap pegi Siam sana nak nikoh lagi satu, ni bini aku siap suruh pasang sorang lagi...?!' Tak tahulah kalau isteri i tu main reverse psikologi dengan i. Tapi lepas i berfikir panjang, rasa-rasanya tak naklah. 

Sebab apa ? Bila mengenangkan umur i yang dah 40+. Let's say kalau i kahwin dengan anak dara, katakan umur 22 tahun. Memanglah seronok beb. 

Tentang makan minum, pakai i, kemas rumah dan kegemaran i, rasanya i tentu asyik teringatkan my first wife. Tak perlu nak ajar, i suka makan apa, camne cara nak masaknya, baju i kena gosok cam gini, kalau i bangun tidur i suka kalau my wife dah siapkan segala-galanya lah. Tak perlu i bagitau, dia dah tahu apa i suka. Cerita apa i suka kat TV, teh atau kopi manis macammana, hobi apa, sukan kegemaran .... semua dia dah tahu. Tak perlu start balik macam zaman umur 20-an dulu ... Rasa-rasa dapat ke isteri muda i suruh buat gitu, tentu dia banyak ragam. Ye lah dia muda, i kan dah tua. Mesti dia kata i ni mengada-ngada. Sure i yang kena manjakan dia lebih, sebab dia muda. Silap haribulan, takut lari lak, kan ... Isteri muda ni bukan macam yang dah bersama dgn kita sejak muda. Kalau kita rasa isteri tua banyak belanja, isteri yang muda PASTI LAGI TERUK. 

Eh, budak 20-an zaman sekarang, dengan henbeg Gucci, dengan nak tudung kain Mawi dan henpon jenama Nokia N95, itu tak termasuk kereta, paling korok pun mesti nak Honda atau Toyota . Perempuan muda sekarang mana main naik Proton atau Perodua. Kalau i tak bagi barang-barang tu, dia tak nak bagi 'barang' dia lak malam-malam. 

Sedangkan dengan isteri tua, awal-awal kahwin naik motorsikal cabuk pun sanggup, berpanas berhujan, dukung anak kita dicelah motor tu. Ahh ... terkenang juga zaman 'miskin' dulu tu. Rumah dengan bini tua dulu pun setakat apartment 3 bilik. Tidur atas tilam nipis, dapur pun kecik, perkakas pun tak banyak 

Oh, untuk isteri muda, terpaksa aku buat OT untuk bayar rumah teres dua tingkat tu, nak bayar peti ais Samsung dan TV Sony Bravia 40-inci mu itu ... Dah umur 40-an ni, darah tinggi lak aku ni kena buat OT setiap hari... hari minggu pun kena cari duit ... nak tengok bola pun tak dapat ... 

Lebih haru lagi, tentu anak-anak i akan memberontak sakan. Yelah sekarang ni kan banyak kes bapak kahwin lain anak-anak lebih tertekan. Ramai jadi liar, hisap dadah, jadi mat rempit dan bohsia. Sebab tension bapak kawin baru. Takut mereka menjauhkan diri dari i, malah akan membenci pula. 

Masyarakat kita ni memandang serong pada keluarga yang bapak mereka kahwin lebih dari satu. Kalau i ada anak dengan isteri baru, tentu kecik sangat lagi di masa i dah tua dan memerlukan perhatian dari anak-anak.

Kat rumah isteri muda tengah hiruk pikuk dengan anak-anak kecil ( kan dah ada experience dengan isteri pertama -bagaimana kelam kabutnya dia menguruskan anak-anak), sedangkan di rumah isteri tua, anak-anak dah besar, boleh tolong mak dan sedang seronok bergurau senda bersama ibunya membincangkan topik-topik terkini dan juga kehidupan mereka. Duduk rumah bini muda, i yang tua-tua ni lak kena salin pampers dan bagi baby mandi. haha ... kalau tak buat, takut isteri muda merajuk pulak. Daah tak dapat...

Tak boleh jadik nih. Banyak benda yang kena repeat. Mula-mula kawin tentu seronok. Paling lama setahun-dua keseronokan tu. Bila dah ada anak, tanggungjawab baru bermula semula sebagaimana dengan isteri pertama dulu-dulu. Tapi masa ni kita dah tak larat nak basuh berak anak, nak pegi shopping beli baju anak anak, nak dukung anak-anak. Lecehlah nak kena teman isteri muda buat semua tu. Silap haribulan orang kata tengah pilih baju cucu. Eiiii tak sangguuup... Paling takut, orang ingat isteri muda tu anak i ...... lagi haru .... 

Balik rumah mertua pula, teringatkan masa akad nikah dulu, beria ria kita nak kan anak dia, lepas tu kita kawin lagi satu. Tentu muka nih tak tau nak letak kat mana. Orang tua tak kan nak straight to the point. Tanya itu ini. Kalau dia nak bercakap tentang tu cukup dengan jelingan dan kerlingan mata, buat kita dah tak senang duduk.

Tak kan raya asyik balik umah mak mertua baru aje. Apatah lagi kalau i ni lak umur nak sama dengan mak-bapak mertua baru i tu .... Hisshh banyak lah lagi. 

Bagi korang yang suka berbincang pasal benda yang indah indah kawin dua nih silakanlah. Tapi bagi i selagi hayat dikandung badan, selagi tu lah i tak nak tambah. Tak nak lah mendabik dada. Cakap besar. 

Tapi sekadar menurutkan nafsu dan benda dalam seluar tu rasanya tak pernah kurang pun layanan isteri pertama terhadap i. Keluarga ni, kita bina keluarga bahagia yang di depan mata, bukannya yang di dalam kepala, bukannya di dalam 'seluar dalam' je. 

Hadapi hari esok yang tentu dengan keluarga yang banyak mengharungi susah senang dari mula. Pengorbanan isteri (walaupun kadang kala dia pernah merungut, salah kita juga, cuai dan mengabaikannya) . Apapun semuanya bermula dengan kita. Insaflah. 

Kalau nak ikut nabi, rasa-rasanya solat subuh pun kita terlepas kalau isteri tu tak kejutkan. Bukan nak kata solat Subuh, kekadang waktu lain pun terlambat atau terlepas. Baca Quran pun sekali-sekala, baca Yassin pun hanya bila ada orang meninggal. Ikut sunnah Nabi apa nama tu. 

Tak payah lah yang lain2. Kang ada yang nangis bila disebutkan. Cukuplah. Sesungguhnya amat bertuahlah suami-suami yang mempunyai isteri yang menyuarakan pendapat di ruangan ni. Membuktikan mereka sayang, kasih dan cinta pada kalian. Apa sangatlah kita nih. Macam nabi konon. ye ke? Bab kawin aje nih cam nabi. Bab menegakkan benda dalam 'seluar dalam' je nak ikut sunnah. Cuba bab menegakkan agama Islam, masih lagi terkial2. Fikir2kanlah ya...

Wallahua'lam. 

- suami KL-

Thursday 12 November 2015

Petua : Mulut Berbau

Bismillah

Mulut dan nafas berbau?! Eee sangat lah xselesa kalau jumpa orang macam tu.
Masalah mulut berbau ni kerap berlaku dalam masyarakat kita.
Kadang-kadang tu, bukan setakat mulut. Nafas pun berbau.
Situasi ini sangat lah tidak selesa pada insan-insan yang duduk sekitarnya

Sebelum aku bagi petua nak hilangkan bau mulut.
Jom kita gali sebab apa ada bau mulut@nafas berbau ni.

Sebab-Sebab :

1. Tak gosok gigi! 
(yg ini memang masalah kalau gigi sendiri pun xnak jaga)

2. Gigi berlubang 
(dah tau berlubang tu pergi la tampal plus buat apa la tahan sakit lama-lama)

3. Tak gosok lidah semasa menggosok gigi. 
(ini hal, banyak orang xbuat. padahal kat lidah tu la paling banyak bakteria-bakteria degil kena sental. Cara nak tahu lidah kita dah bersih, xada selaput putih pada lidah selepas menggosok gigi)

4. Makan makanan yang berbau kuat
(xsalah kalau nak makan, tapi lepas makan tu pergi la gosok gigi. kalau malas nak gosok, kumur je dengan cecair kumur tu. simple dan senang)

5. Puasa
(masalah mulut berbau sebab puasa ni memang la ada yg kata bau mulut orang yg puasa ni mcm bau mulut kasturi, tapi kalau bau dia tu boleh mengganggu orang lain. Sila-sila kan lah menggosok or berkumur ya)

Ha...ini lah antara sebab kenapa mulut berbau.

Sebenarnya, masalah mulut berbau ni bukan tak ada solusinya.
Sekarang ni di zaman serba moden, banyak je kaedah atau produk yang  boleh membantu.

Kaedah Penyelesaian :

1. Gosok gigi
(gosok gigi tu penting, sekurang-kurangnya selepas dan sebelum tido. Selain elakkan mulut berbau, ia juga membantu gigi kekal bersih dan sihat)

2. Berkumur
(maksud berkumur ni bukan berkumur dengan air biasa. tapi berkumur dengan mouthwash. Bukan setakat mulut bersih, mulut pun rasa segar sentiasa)

Ini antara produk yg aku guna. benda ni best sbb memang hampir 12 jam kesegaran terasa. sampai nak makan pun rasa sayang je mulut tu.


3. Jumpa doktor
(agak-agak kalau mulut tu teruk sangat berbau, pergila jumpa doktor untuk rawatan. Hospital swasta atau kerajaan, pilihan ditangan sendiri)

Wednesday 4 November 2015

Review : Pencuci muka NuTeen Anti-Acne & Pimple Cleanser

Bismillah




Setelah 3 tahun penggunaan, aku baru tergerak nak buat review pasal product ni.

NuTeen Anti-Acne & Pimple Cleanser

Apa yang best tentang product ni? 

Ni antara product yang aku kekal bertahan dengannya.
Kalau aku nak bg rate aku bagi 9/10. Kenapa buka 10/10? Ha,,nnt aku bagi tahu sebabnya.

Dia punya pencuci dalam bentul gel, colourless. Bau dia wangi dan kurang berbuih.
Orang kata kalau kurang berbuih tu baguskan. Entah la, yang tu aku kurang pasti.

Yang aku pasti, sepanjang 3 tahun penggunaan, product ni memang betul2 control kadar penumbuhan jerawat aku. Especially time nak dekat2 period bilamana hormon sangat la tidak stabil.

And, kalau ada jerawat yang degil nak tumbuh, pencuci ni boleh bantu jerawat tu surut dengan cepat.
Tapi....kena pakai dengan kadar yang lebih sedikit daripada biasa.

Contohnya, kalau biasa cuci muka guna sebesar kacang soya, tapi bila tiba2 ada jerawat degil. Boleh la guna sebesar kacang paramg pulak. Faham x? hehe

Insyallah, selepas 2 kali pakai, jerawat akan kembali kurang.

Ha..sekarang apa yang xbest pula untuk prosuct ni?

Command la kan, setiap benda mesti ada baik dgn tak baiknya. Sepanjang pengalaman  aku, yang xbest adalah  benda ni xhilangkan bekas jerawat.
Jadi, for those yang suka pecahkan jerawat macam aku, memang padan muka lah.

Dah promote2 ni mesti nak tahu harga pulakkan..

Benda ni tak la mahal mana, harga sesuai untuk para2 remaja yg baru nak meningkat naik macam aku ni, eh.

Paling  murah kalau beli kat Mydin. harga dalam RM8-RM9. kalau kat Guardian@Watson dlm RM10-RM11. Kalau time2 promotion dapat lah harga murah lagi.


Tapi sekarang, aku nak try test pencuci muka dari Himalaya pulak.
Katanya pun best.

Next product test

Bagi aku try test dulu ek, lepas tu baru aku bagi review,k =)


Tuesday 3 November 2015

Rasepi : Sizzling Yee Mee Ringkas dan Sedap

Bismillah

Sapa suka sizzling, angkat tangan!! hehe
Nampaknya kita satu geng la =)

Bila dah minat tu, mesti ada rasa nak cuba buat sendiri.
Jadi dengan gagahnya aku cuba tanya enchi google.
Dan akhirnya..tadaa jumpa lah resepi sizzling yang ringkas dan mudah.
Sangat sesuai untuk aku yang sangat tak suka benda2 leceh.
Thank kepada Open minda untuk resepi ^_^

Bahan-bahannya (untuk 2 orang) -RESEPI ASAL

5 ulas bawang putih (ketuk atau cincang)
1 inci halia (hiris nipis)
5-6 tangkai cili kering (potong besar2) -nak pedas boleh lebihkan
ayam (mana2 bahagian)
6 biji cendawan shitake (dibelah dua)
4 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat
1/2 sudu besar serbuk lada hitam -nak pedas boleh lebihkan
1/2 sudu besar minyak bijan
4-5 cawan air
3-4 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan air)
garam secukup rasa
sayur sawi (potong besar2)
telur
yee mee

Cara-cara

1. Tumis bawang putih, halia dan cili kering hingga kekuningan.
2. Masukkan air, ayam dan cendawan shitake. Biarkan seketika sehingga masak
3. Masukkan sos tiram, kicap pekat, minyak bijan dan garam secukup rasa.
4. Setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung. Biarkan kuah masak dan memekat.
5. Untuk hidangan, boleh ambil sebahagian kuah sizzling panaskan di dalam periuk berasingan.
6. Masukkan sawi, yee mee dan telur. Tunggu hingga mendidih dan sedia untuk dihidangkan.


tadaa...inilah hasilnya. panas dari dapur. sedap dimakan panas2 

Disebabkan kat rumah aku xde hot plate. jadi aku gunakan periuk biasa dan hidang kat dalam pinggan je.

Kalau ada hot plate, memang lengkap lah.

Boleh cuba, jangan segan2 ya..hehe