Saturday 31 January 2015

Touch deep inside

Bismillah

Dah lama x scroll down timeline facebook. Dan tiba2 terpandang satu gambar yg merentap tangkai hati jantung dan hempedu.


Sebab diri sendiri selalu skip solat tahajud. Apatah lagi bila tido lambat atau terlalu penat bekerja.

Mungkin selepas ini harus lebih bermuhasabah diri. 

*belum terlambat untuk berubah. Selagi nyawa belum diambil pergi. Selagi sangka kala pertama belum ditiup lagi.*

Tuesday 27 January 2015

Dia...

Dia...
Suka memanjakanku..
Suka melayan kerenah keanakkanku..
Suka buatku rasa gelisah tak menentu.
Buatku

Terbit rasa risau dalam diri.
Andai berjauhan, bagaimanakah nanti.
Hanya mampu berdoa, moga jodoh kita kekal rapat dan cepat.

Hati kita Allah yang pegang.
Jodoh kita Allah yang atur.
Moga hati dan jodoh kita sentiasa berada di bawah rahmatNya.
Dan doaku hingga ke jannah.

p/s: thanks to be my the other half.

Wednesday 21 January 2015

Sayang

Bismillah

Kita mempunyai banyak persamaan, tapi kita lagi banyak perbezaan.
Dan perbezaan itu melengkapkan kita, persamaan itu juga menyatukan kita.
Ingin saya katakan, thanks to be my the other half.

Thanks to be my buddy bees,
Thanks to be my sweet enemy,
Thanks to be my penasihat yang berjaya.

Andai boleh ku hitung sayangku kepadamu,
Mungkin kiraan itu akan jadi infiniti.
Namun, terbit juga rasa gusar, adakah rasa sayangku ini melebihi rasa cintaku kepada Allah dan Rasul?

Dan kerna itu, ku selalu berdoa moga agar rasa cintaku kepada Pencipta melebihi segalanya.
Inshaa Allah, semoga perhubungan kita ini terus kekal dan saksama di jalanNya....Amin Ya Rabb

p/s: saya tahu awak selalu kunjung ke blog saya......

Saturday 17 January 2015

Sihat Hati

Bismillah

Sakit pada fizikal perlukan ubat dan rawatan. dan disebakan fizikal kita dari tanah maka sumber ubat juga terbit dari tanah. Ubat sakit fizikal selalunya pahit. Rawatan sakit fizikal juga selalunya perit. Tetapi, oleh sebab ingin badan yang sihat , kita rela menelannya, rela berpantang, menahan diri dari makan makanan yang berkolestrol, lemak, manis, masin walaupun itu semua kesukaan kita. Kita ikut patuh kata doktor walaupun berat kerana ingin sihat.

Maka begitulah juga jalan untuk menyihatkan hati. Penawarnya tetap pahit. Ubat jarang-jarang yang manis. Namun semua perlu ditempuh jua.

Apakah ubat hati? Hati adalah soal rohani, hati bukan bersal dari tanah. Jadi, ubat penawarnya bukan daripada tanah. Tetapi ubat bagi hati ialah kembali kepada asalnya, yakni kembali dekat pada Allah.
Roh yang dekat pada Allah akan kembali tenang dan sihat. Lazimilah dengan menghadiri majlis ilmu kerana ilmu itu cahaya hati. Dan majlis ilmu itu adalah taman-taman Syurga di dunia.

Walaupun berat kaki melangkah, gagahilah juga sepertimana pesakit yang terpaksa menelan ubat yang pahit. Terangi hati yang gelap dengan cahaya ilmu. Dengan ilmu, kita dapat mengetahui sifat-sifat Allah Yang Maha Sempurna dan nama-Nya yang baik lagi mulia.

............Inshaa Allah...............

p/s: Ilmu itu Iman dan amal adalah makmumnya

Tuesday 13 January 2015

Sabar

Sabar itu indah, indah lagi jika diiringi dengan rasa redha.
Sabar itu dari hati, dan hati yang teguh membentuk jati diri.



Monday 5 January 2015

Penyatuan jiwa

Bismillah
Bila mana dikatakan penyatuan dua keluarga, banyak perkara yang harus diambil kisah. Banyak hati perlu dijaga, hati bapa dan ibu  bakal mertua, juga ahli keluarga si dia.
 
Perkahwinan bukan hanya mengambil alih tanggungjawab, juga memerlukan perkongsian antara dua pihak. Perlu ada "give and take", bukan sahaja pada pasangan tetapi juga pada keluarganya.
 
Persefahaman, kepercayaan, kejujuran, kesetian serta keimanan adalah tunggak utama dalam ikatan perkahwinan.
 
Semoga dipermudahkan urusan jodohku dan juga sahabat-sahabat di sekelilingku, Inshaa Allah

Friday 2 January 2015

Penantian

Sejuk kaku penuh layu,
Menanti dengan sabar bagai tiada hujung,
Mengitung detik mengira waktu,
Harapannya moga cepat berlalu.

Sihat sakit satu dugaan,
Bagi insan yang mengambil peringatan,
Ajal maut suatu kepastian,
Walau ramai insan sering mengabaikan.

Setiap kesusahan ada kemudahan,
Disetiap lipatan pahit ada kemanisan,
Di antara helaian kesakitan, ada ubatnya,
Dan didalam getir ada indahnya.

*Nukilan dihadapan pintu wad kecemasan Hospital Pantai Melaka.