Monday 30 April 2012

Antara Ibu Kandung dan Ibu Mertua

bismillah

Hari ni aku tergerak nak bentangkan isu ibu kandung vs ibu mertua.Kalau nak di ikutkan,kedua-duanya sama penting,sama-sama perlu dikasihi tanpa ada diskriminasi.



Sebenarnya aku nak cakap kat cni yang aku amat solute pada si isteri(terutamanya) yang dapat menjadikan ibu mertuanya seperti ibu kandungnya sendiri.Jujur pada diri,agak susah bagi aku nak buat macam 2,yang perlu mempunyai hati yang telus dan suci dalam mengendalikan kedua-duanya.

Lagi-lagi bila si isteri yang tidak pernah berfikiran negatif dan mencemburui ibu mertuanya bilamana si suami perlu mengutamakan ibu kandungnya sendiri berbanding si isteri yang dikasihi.


Macam mana aku boleh terfikir semua ni?Agak jauh jugakkan fikiran 2.. Sebenarnya ini refleksi aku dari satu novel yang aku baca.Novel ni mengisahkan seorang ibu mertua yang tidak menerima menantu perempuannya. Tapi, si isterini sangat bagus sebab, dia tak pernah berkira dengan ibu mertuanya walaupun ibu itu sering melukakan hatinya.

Cerita ini sangat berkesan dihati sebenarnya,lagi2 bila si suami dipaksa untuk membuka cawangan satu lagi dengan pilihan ibunya sendiri.Lebih sakit bila terpaksa membuat pilihan antara ibu dan si isteri.

Bila difikir-fikirkan kembali,takut sebenarnya nak menghadapi dunia perkahwinan ni(ceh mcm dah byk pengalaman je).Banyak perkara perlu dititik beratkan dan semakin banyak perasaan yang perlu dijaga.Dah tak boleh fikir pasal diri sendiri je...
Moga aku dapat mencontohinya ketika diri ini bersama ibu mertuaku nanti, InsyAllah