Friday 16 December 2011

Kenangan semalam

bismillah....

yesterday, i had meet a old lady when i prayed at Al-alami Mosque,  she ask me "ni anak sapa ni?"....
oh for the long time i never hear that word...then i said "saya bukan orang sini,saya pelajar Utem"...
then she smile and goes...

her question reminded me my village at Batu Pahat. I'm Javanese and most of the villages are my related family....so when i go to the someplace, they like to ask "iki anak sapo?"...oh actually i miss my village....miss to hear Javanese sound...cooking for "kenduri".."nasi ambeng"...and so on...

Friday 9 December 2011

Doa untuk dia

"Ya Allah Ya Tuhanku, seandainya telah engkau ciptakan dia untuk diriku, meskipun dipisahkan oleh jarak yang jauh pada pandangan mataku, malah tiadanya hubungan bicara antara dirinya dan diriku, Engkau ketemukanlah jiwanya dengan jiwaku pada waktu yang telah ditakdirkan olehMu, dan satukanlah hatinya dengan hatiku dengan cara yang halal mengikut syari'atMu.

Titipkanlah kebahagiaan di antara kami agar kemesraan itu kekal abadi dan takkan pernah berhenti, agar dirinya sentiasa bahagia dan gembira didalam hati.

Ya Allah, yang maha mengasihi, seandainya ditakdirkan kami bersama dalam ikatan yang diberkati, seiring waktu berjalan tiada henti, bimbinglah kami melayari hidup ini menuju kebahagiaan yang abadi..

Akan tetapi, seandainya telah engkau takdirkan bahawa dia bukan milikku, Bawalah ia jauh dari pandangan, fikiran, hati, dan sanubariku. Hilangkanlah kerinduan dan luputkanlah dia dari ingatanku, dan peliharalah aku dari sikap putus asa dan kecewa didalam jiwaku.

Berikanlah aku kekuatan untuk menepis bayangannya jauh ke hujung langit biru agarku boleh merasai bahagia dan tersenyum walaupun dia tiada bersamaku. Makbulkanlah doaku agar dia bahagia setiap masa sebagai kenangan itu bagiku. Gantikanlah yang telah tiada dan pergi, 'tumbuh'kanlah yang patah kembali. Engkau gantilah dengan insan sepertinya untuk diri ini..

Ku serahkan segala jiwa dan raga ini kepadaMu kerana ia hanya milikMu ya ILAHI. Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan adalah yang terbaik dalam kehidupan hambaMu ini, dan matiku kerana Engkau yang Maha Mengetahui. Segala dariMu adalah yang terbaik bagiku, ku yakin dan percaya pada hakikat itu..

Ya Allah...Cukuplah engkau saja yang menjadi pemelihara diri dan jalan hidupku. Ku berharap padaMu, sudikanlah mendengar rintihan dari setiap untaian doa-doaku, kerana hanya mampu keberikan kepadanya adalah sekadar keikhlasanku, kerana ku sedari bahawa tidak miliki apa-apa selain dariMu"

Sunday 4 December 2011

renungan pagi....

bismillah...

amanah dalam bersahabat

sabda Nabi S.W.A : "seseorang itu adalah bersama dengan orang yang dikasihi."Sesiapa yang mengasihi sahabatnya maka kasih sayangnya itu akan mendorongnya melakukan amalan yang sama dengan sahabatnya.


Abu sulaiman darami berkata : "jangan sekali-kali kamu bersahabat melainkan orang yang mempunyai dua sifat ini : pertama, dia dapat diajak untk bersahabat dalam urusan duniamu dengan jujur, dan kedua, dia dapat menambah kemanfaatan dirimu untuk urusan akhiratmu. jika kamu suka bersahabat dengan orang yang bersifat selain daripada itu, maka pastilah kamu seorang yang lemah akal fikirannya."

moga diri ini dapat menjadi sahabat yang amanah kepada sahabat yang lain. InsyAllah

Saturday 3 December 2011

lumrah hidup...

sangat sakit kalau kawan yang kita sayang boleh tikam kita dari belakang....kawan yang mengatakan mengenali dan memahami diri kita tiba-tiba berubah menjadi insan yang tidak dikenali seolah-olah tiada satu pun perkara yang pernah di kongsi bersama...